dari tajuk kawan2 da tau, kamal telah keluar dari unifield untuk sambung di tempat lain..kamal telah ke Unikop dan perpindahan telah diluluskan.. syukur.. Allah bantu kamal.. soo kenangan kamal disana tak akan kamal lupakan..
kepada kelab tigers VC, kamal mohon maaf dan segala tugasan tertunggak akan kamal selesaikan.. kamal minta maaf dari hujung kaki ke hujung rambut atas segala apa kesalahan kamal buat.. da macam family dan syukur impian kamal nak jadikan kelab ini kelab terbaik terhasil.. dan tu hadiah terakhir kamal kepada mereka disana. harap legacy tigers tak terpadam disitu sahaja.. harap mereka meneruskan perjuangan menjadikan kelab itu teraktif hingga ke anak cucu kamal. Kamal tubuhkan kelab tu dgn harapan menaikkan nama kolej dan Alhamdulillah segala program Seperti SUJU - SUJU2 telah berjalan lancar dan matlamat terhasil. harap yang tersinggung maafkan kamal
Untuk pasukan bola tampar. Harap apa kamal ajar yang telah dipelajari gunakan sehingga bila2. kamal x dpt ape2, dpt penat je tetapi ilmu kamal berikan tu ikhlas untuk korg. dari tak pandai, dari biasa jadi professional dan lebih baik lg jika ada yang dapat mewakili ke tahap lebih tnggi.. kita kuasai melaka, 2012 menjadi no 4 dalam karnival sukan IPT melaka.. 2013 kita menyertai beach volleyball dapat quarter final.. kita menyertai karnival sukan IPT MElaka 2013 dapat no 3... dan SUKOB kejohanan terbesar kita memperoleh no 2.. amat memberansangkan memandangkan kita tak ada coach.. syukur kawan2... :)
Untuk dak kelas.. teruskan perjuangan pembelajaran.. banyak ilmu lagi kita perlu kejar.. seronok2 juga, tp ingat hormat antara satu sama lain itu perlu.. banyak kenangan dengan program mento menti dengan korg. amat seronok.. program Melaka D'TOur, Program Jeram toi. Syukur dpt berjalan dgn lancar.. moga hubungan ukhuah kita bina dpt terjalin hingga bila2
For my houseMate, maaf atas segala gurauan kasar kamal.. memang bnyak salah kamal buat tetapi semua tu manusia tak pernah hilang dari melakukan kesilapan. korang merupakan family kamal disana, susah senang bersama. syukur dapat housemate mcm korg.. moga korang dapat capai ap yang korg impikan.. insyaAllah
Kepada pegawai, lecturer disana.. terima kasih atas tunjuk ajar.. maaf atas gurauan kasar, terkesoq hati.. atau pape, memang banyak kenangan bersama.. dengan teguran tu kamal menjadi lebih matang.. terima kasih kepada pihak HEP bantu dari program kamal.. kelab kamal.. tanpa mereka siapalah kami.. kepada lecturer maaf slalu bangun lewat. tak g kelas.. tp sume tu adalah kenakalan yg perlu kamal ubah.. silap salah ampuni kamal.. korg merupakan ibu dan ayah kamal disana.. terima kasih hingga menitis airmata dengan usaha korg jaga kamal..
InsyaAllah kamal akan doakan yang terbaik.. kamal pun tak yang terbaik disana.. terima kasih kepada CEO En Shafie atas segala bantuan kat kamal selama kamal disana.. Kepada CEO dan Timb CEO disana tq sbb usaha bantu nak pindahkan kamal dan walaupun hati korg berat nak lepaskan kamal.. kamal terima kasih kerana hargai segala usaha kamal disana.. ingatan kamal akan berikan hanya kenangan kamal akan salutkan.. walaupun tak berapa kenal tetapi cara percakapan memang berat na lepaskan kamal.. syukur dengan usaha kamal masih ada yang mengambil berat.
Unifield tetap dihati kamal.. harap kolej ni menjadi kolej terbaik.. kepada pelajar disana, tlg hargai ap yg mereka bantu or tlg.. kolej lain bnyak kekurangan dari kolej kita.. kamal tahu, kamal nampak.. kita unite disana.. mereka disana berpecah susah nak berkumpul.. tlg hargai kolej tu... even bnyak gak kekurangan.. tp bersyukur dgn kemudahan yg ada.. tak mudah nak dpt kolej sbegitu.. kamal doakan yang terbaik.. air mata dan doa kamal ini berikan kepada seluruh warga Kolej Unifield International College.. Kolej terbaik yang pernah kamal belajar. dan tak akan kamal luapakan.. :) cry for u..